Friday, July 10, 2009

ha? apa dia? x dengar la..

pada suatu ketika dulu, timbulnya issue emission of "concentrated" methane gas / farting / kentot yang mantap dalam kelas md43. (issue ini masih berterusan bagaikan issue global warming) namun orang2 byk hanya mampu menuduh tanpa bukti (ye la kentot tu tak berupa, cuma berbau) dan si kentot (afi selalunya, aku mana PERNAH) perlu meng-cover muka sehabis baik agar identiti tidak terbongkar.

namun, biasalah, courtesy lah sikit. dh bagi souvenier kat orang, mesti lah mengaku. kalau berani la.

issue ini berlaku secara serious pada hujung2 sem lepas, dan masih berterusan dalam kelas md43 kolej mara seremban.

suatu hari, saya tertanya2 dalam hati saya.
"apa agaknye akan terjadi kalau perempuan kentot busuk dan identitinya terbongkar?"

lalu saya mengajukan persoalan ini kepada syazwan.

"weh, cmne aa kalo ade clasmate kita yg girls kentot pastu kantoi aa? SYASYA ke, FARHANA ke..?"

syazwan menjawab:

"hahaha. abes la dow, rosak imej. dah tak comel dah. lagy2 farhana." (ini memang conversation betol, x tipu. maybe ada tokok tambah sikit2)

lalu suatu hari pada sem lepas, kami pergilah ke kelas Syeikh Fuad di masjid negeri. kebiasaannya kami akan belajar kitab Hikam Syeikh Atoillah dan Syamail Muhammadiah karangan imam Termizi.

mungkin aura persoalan kentot ini terlalu kuat dan kental di lubuk sanubari saya. ataupon aura scanning syeikh amat hebat sampai boleh terbaca persoalan kecil saya ini. (kemungkinan besar ialah possibility yg pertamalah)

lalu tiba dalam satu masa dalam kelas itu, beliau (Tuan Syeikh) menceritakan satu kisah zaman dahulu:

"ada seorang wali dulu bernama Hatim al-asam. al-asam ni bermaksud si pekak. orang panggil dia pekak sebab satu masa dulu, ada seorang perempuan datang kat dia untuk bertanya soalan.

tiba2 perempuan tu terkentot kat depan Hatim al-asam. kalau perempuan terkentot dan diketahui orang, MERUPAKAN KEAIBAN bagi perempuan tu. tapi kalau LAKI TERKENTOT, merupakan "KEMULIAAN". (ni syeikh joking aja, tp memang kelakar nak mati aa, smua gelak kaw2 aa kat masjid tu)

lalu reaksi hatim al-asam ialah:

"ha? apa dia makcik? tak dengar la. boleh ulang x?"

hatim ni buat2 pekak,buat2 tak dengar yang makcik td tu terkentot, supaya makcik tu tak terasa malu, dan makcik tu pon tanya lah soalan.

hatim ni sebenarnya tak pekak, tapi selepas kejadian itu, dia buat2 pekak SAMPAI MATI. lepas tu byk yang panggil dia pekak, tu yg nama dia hatim al-asam, hatim si pekak."

selepas mendengar kisah ini, saya amat terharu dan rasa sangat puas hati kerana persoalan saya terjawab (berkaitan kentot2 ni la)

hatim al-asam merupakan seorang wali dan ahli sufi yang abid, mempunyai keilmuan yg sangat tnggi dlm agama.

kalau kita bkk internet, n key in hatim al-asam, boleh jumpa satu perbualan dia tentang 8 pesanan / ilmu penting yang dia dapat dari gurunya.

boleh la ke link bwh ni, kalo nak baca pesanan Hatim Al-Asam.

http://www.jombincang.com/forum/agama/403-imam-hatim-al-asam-adalah-murid-imam-syaqiq-al-bakhi-rhm.html

ps/ seronok aa AFI (bukan AKU) nak kentot lepas ni. :D

7 comments:

dJ said...

HAHAHA. i know what u did last semester.

hatim al-asam yer.

Farhana Bakri said...

adoyy
name kt lg :P

perhatian everyone:
jhar suka kentut dlm class

xD

jhar said...

mana ada bukti takleh tuduh2 tau

Farhana Bakri said...

eleh
bukti kukuh lg
awk mengaku sendiri kan? ;)

wkm said...

kelas pagi tadi: Rasululah menyelamatkan ikhwan lelaki yg terkentut selepas makan hidagan daging unta drpd aib, lalu baginda mengajak "mari kita semua beramai2 pergi ambil wuduk" dan selepas tu barulah solat berjemaah. Renung2kanla...

cintahatikamu:) said...

jhar,pencemar udara no 1 in the world!!:p

saja melihat2 ur blog sebenarnya:)

mulanrizu said...

u really have a nice wayyy to send out mseges...i mean the stories, not the fart thingy..kekekeke