Friday, March 26, 2010

hadiah dan sedekah

somehow, it is a culture of d malays dat ape2 pemberian pon semuanya sedekah. kebanyakannya sedekah. well, this is not true.

sedekah dan hadiah tidak sama sekali. semua ini bergantung kepada niat intentions di hati juga lah.

sedekah ialah pemberian kepada orang, di mana orang itu mengharapkan pemberian itu, mungkin juga sangat memerlukan pemberian itu. pemberian yang bernama sedekah ialah pemberian atas dasar atau perasaan kasihan kepada seseorang.

manakala hadiah ialah pemberian kepada seseorang, tak semestinya orang itu berkehendak atau meminta pemberian tersebut. pemberian atas nama hadiah ialah atas dasar kasih sayang.

sebagaimana hadith Nabi bersabda yang bermaksud: bertukar-tukarlah hadiah sesama kamu kerana itu akan menambahkan kasih sayang antara kamu.

hadiah mempunyai darjat yang lebih tinggi dari sedekah. hal ini dirujuk kepada hadith dlm kitab syamail muhammadiah karya imam termizi, apabila salman al-farisi hendak mengenali Nabi Muhammad. maka dia beri kan makanan kepada Nabi, Nabi tanya apakah ini? dijawabnya sedekah. maka Nabi menolak pemberian itu.
pada esok harinya, salman datang lagi dengan pemberian yang sama, Nabi bertanya apakah ini? dijwbnya hadiah. maka Nabi pun makan.

hal ini kerana Nabi yang mulia tidak boleh direndahkan darjat dengan sedekah. namun Nabi boleh makan hadiah.

mak bapak kita beri sesuatu kepada kita, dan pernah tak mereka kata " SEDEKAH :) " ?

tak, mestilah diorg kata " PRESENT :D"

No comments: