Wednesday, September 16, 2009

hmmm, raya ni nak beli baju ape ye?

ya mmg syawal kembali lagi, bagaikan iklan tora dtg lagi.
setiap kali abesnya ramadhan (walhal ada yg sejak awal ramadhan lagy), ramai yg akan mula terpikir,
baju raya yg bagaimanakah dan berapakah jumlah helaiannya yang aku mahu beli kali ini.

hmmmm, mari pergi ke klcc?
ada byk kedai2 best.
saya nak beli baju kulit beruang 10 kilo kat sana la.
style baru.

eh eh, then nak gi pavilion la.
tempatnya cantik.
dan saya rasa mahu beli tali pinggang belang2 kulit harimau bintang la kat situ.
styleeeeeeeee.
owh nanti pon boleh sempat bergambar2 di tangga pavi tu.
mula2 kita pose macam berok ye.
seterusnya diikuti muka ungka.
dan terakhir kita buat gaya kera.
setelah puas, saya mahu upload cepat2 dan buat satu album di facebook.
add la saya, www.facebook/ungkabergaya.com

hmmm, saya rasa masih tak cukop lagi la baju2 saya ni.
saya mahu beli skarf pulak. ala yg mcm kain serban tu.
saya nak ikat lilit2 di leher, bergaya.
memang mantap kain serban dibuat sedemikian rupa.
sape2 yg mulakan gaya ni, mmg anda sorg yg handal + trendsetter.
smoga Tuhan berikan anda pahala dan ganjaran sehingga hari kiamat kerana menjadi ikutan orang ramai dalam cara2 memakai kain serban di leher, sebagaimana diungkap dalam hadith Nabi yang masyhur.

adoy, macam mana ni ye? saya baru belanja 5 juta ni untuk raya.
kasut berkulit penguin belom beli lagy. nanti lambat ada org pakai sama plak.
susah la cmni, tak bergaya.
takpe, saya mesti teruskan bershopping~!

lepas ni, saya nak beli satu zoo buat pakaian wardrobe saya~!

seronoknya bershopping sempena syawal.

4 comments:

blade said...

hohh0...unsur sarkasm di situ...

jhar said...

mana ade lahhhh
huhu

mulanrizu said...

sgt mnrik..hahahaha

nurlisa kamal said...

hahaha...gaya bahasa yg sgt klakar...release tencen buat lab report...;p