Tuesday, November 16, 2010

penjelasan ilmiah dalam perkara aqidah

first and foremost please be assured that these are not my words. kalam ulama dalam mengupas dan menjelaskan alquran dan hadith.

di sini hanyalah untuk memberikan penjelasan berupa ilmiah.
semoga mendapat pengajaran bersama.

taken from:
http://nahwanz.blogdrive.com/archive/149.html

Hukum Menyambut Perayaan Bukan Islam

Allah swt, di akhir surah al-Furqan, ketika menyebut sifat hamba-hambaNya, berfirman :

Maksudnya : "Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72)

Para ulama Tafsir menakalkan sepertimana yang terdapat di dalam al-Durar al-Manthur demikian juga seperti yang disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya dari sebahagian Tabi'ien seperti Mujahid, al-Dhohak , Ikrimah dan yang lainnya bahawasanya iaitu tidak menyaksikan yang palsu) – itu ialah perayaan-perayaan Kafir dan Musyrikin.

Dr. Safar Bin Abdul Rahman al-Hawali di dalam laman web beliau mendakwa akan sepakatnya semua para fuqaha akan haramnya menghadiri perayaan bukan Islam dan bersama merayakannya. Beliau menyebut salah seorang ulama dari mazhab Malik yang bernama Abu Abdillah Abdul Rahman Bin al-Qasim al-Misri yang menganggap sesiapa yang hanya membeli tembikai sempena dengan perayaan bukan Islam, dia seolah-olah telah membeli seekor babi untuk disembelihkan.

Di sisi ulama mazhab Hanafi pula lebih keras, sehingga ada yang berpendapat kufurnya seseorang yang hanya memberikan hadiah berupa sebiji telur pada hari tahun baru Parsi dalam bentuk memuliakannya.

Jika kita himpunkan kesemua perkataan para ulama, kita akan dapati bahawasanya semua mereka mengharamkan menyambut perayaan bukan Islam termasuklah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, bahkan mazhab al-Zohiri juga.

Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :

"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.

Al-Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid pula apabila ditanya tentang hukum yang sama menjawab :

"Tidak boleh bersama orang-orang kafir menyambut perayaan-perayaan mereka disebabkan perkara-perkara berikut :

1- Ia termasuk dalam al-Tasyabbuh (menyerupai orang kafir). Nabi saw bersabda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, , maka dia termasuk salah seorang dari mereka." (hadith riwayat Abu Daud) Ini adalah amaran yang serius. Abdullah bin al-'Ash berkata : "Sesiapa yang hidup di atas tanah orang-orang musyrik, lalu menyambut hari Nairuz (perayaan tahun baru) mereka, dan perayaan-perayaan mereka, dan dia telah menyerupai mereka sehingga dia mati, dia akan rugi pada hari kiamat."

2- Bersama di dalam perayaan adalah sebahagian daripada Mawaddah dan Mahabbah kepada mereka. Allah berfirman : "Jangan kamu menjadikan Yahudi dan Nasara itu Auliya'…" dan firmannya lagi : "Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu menjadikan musuh-musuh Ku dan musuh-musuh mu sebagai teman-teman setia, kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada diantara kamu dengan mereka, sedangkan mereka telah kufur dan engkar terhadap kebenaran yang sampai kepada kamu…" (al-Mumtahinah : 1)

3- Sesungguhnya hari raya adalah perkara agama dan aqidah, ia bukan sekadar adat dunia sepertimana yang disebut di dalam hadith : "Bagi setiap kaum itu ada hari rayanya mereka, dan ini adalah hari raya kita." Hari raya mereka itu melambangkan aqidah mereka yang rosak, syirik dan kufur.

4- (ayat al-Quran – "dan orang-orang yang menyaksikan yang palsu…) telah ditafsirkan oleh para ulama sebagai (menyaksikan) perayaan-perayaan orang-orang musyrik. Tidak boleh memberi kad-kad ucapan perayaan kepada mereka atau menjualnya kepada mereka, atau apa sahaja yang keperluan perayaan mereka seperti lampu-lampu, pokok-pokok (untuk perayaan), makanan-makanan (untuk perayaan), dan selainnya."

Di dalam fatwanya yang lain, apabila ditanya tentang hukum mengucapkan tahniah kepada perayaan kafir beliau menyebut :

"Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada hari Krismas atau selainnya dari perayaan keagamaan adalah haram dengan kesepakatan para ulama, sepertimana yang dinakalkan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah ketika beliau berkata : "Adapun ucap tahniah/selamat kepada syiar-syiar kuffar secara khusus adalah haram dengan kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat kepada perayaan atau puasa mereka dengan mengatakan : "Selemat hari raya kepada kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini" atau seumpamanya. Perkara ini jika selamatpun pengucapnya dari kekufuran, ia tetap termasuk dari perkara-perkara yang haram, ia sama seperti mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib, bahkan perbuatan ini adalah lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih besar kemurkaan berbanding mengucapkan tahniah kepada seseorang yang meminum khamar (bir), seorang yang membunuh dan yang berzina dan seumpamanya. Kebanyakan orang yang tidak ada kesedaran agama terjebak dalam perkara ini. Dia tidak sedar betapa buruk amal perbuatannya. Maka sesiapa yang mengucapkan tahniah atau selamat kepada seseorang yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Maka sesungguhnya dia telah membuka ruang kepada dirinya untuk mendapat kemurkaan dari Allah."

Inilah sebahagian perkataan para ulama yang sempat dimuatkan. Kesemua mereka melarang keras menyambut perayaan bukan Islam. Kerana mustahil perayaan Islam yang dibina atas dasar mentauhidkan Allah, bersih dari kesyirikan dan kebatilan boleh dikongsi dengan perayaan agama lain, dimana kesyirikan dan kebatilan dinyatakan pada hari tersebut. Dr. Yusur al-Qaradhawi yang lebih ringan dalam masaalah ini, yang mana beliau berpendapat boleh seseorang muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetap melarang untuk menyambut sekali perayaan bukan Islam. Beliau menyebut :

"Ini adalah daripada hak-hak bersama, jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu (muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dan mengucapkan takziah kepada kamu. Maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka ? Allah swt berfirman (maksudnya) : "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (al-Nisa :86) Beliau menyambung dengan mengatakan : "Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini (Islam)"

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528601788

Hari raya adalah hari untuk menzahirkan kepercayaan-kepercayaan agama. Apakah mungkin umat Islam yang memiliki aqidah mentauhidkan Allah dapat menyambut perayaan lain yang penuh dengan kesyirikan dan kebatilan? Terbayangkah di fikiran kita, apakah mungkin seseorang mengucapkan tahniah kepada penjenayah bunuh, rogol dan seumpamanya. Jika kita mengatakan tidak, maka Kongsi Raya lebih utama untuk ditidakkan, kerana kongri raya membawa maksud reda dan setuju kepada kepercayaan-kepercayan yang ada dalam sesuatu perayaan tersebut. Apakah masuk akal, seseorang muslim yang mentauhidkan Allah mengucapkah tahniah kepada seorang Budha, Hindu atau Kristian yang sedang menyembah tuhan mereka ? Sesungguhnya Kongsi Raya tidak mendatangkan kebaikan kepada umat Islam melainkan ia menghakis keimanan dan jati diri umat Melayu Muslim. Allah swt berfirman :

Maksudnya : "Jika kamu kufur, sesungguhnya Allah tidak berhajat sesuatu daripada kamu, dan Dia (Allah) tidak redha akan kekufuran hamba-hambanya, dan jika kamu bersyukur nescaya Dia meredhai kamu dengan kesyukuranmu itu." (al-Zumar : 7)

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528601788

http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&QR=947

http://63.175.194.25/index.php?search_text_box_dsn4=%C3%DA%ED%C7%CF+%C7%E1%DF%DD%C7%D1&lv=search&formtrans=dgn%3D4%7C&ln=ara&ds=qa&sensitivity=2&searchquestions=1&searchtitles=1&searchanswers=1&searchsources=1&pg=result&offset=0&msubmit=1&submit.x=47&submit.y=4

Penulis berpendapat, perpaduan antara kaum sememangnya tidak akan tergugat dengan hanya tidak mengucapkan selamat kepada perayaan mereka. Penulis pernah menerangkan kepada seorg kawan non muslim suatu ketika dahulu, alhamdulillah beliau boleh menerimanya. Apa yang diperlukan hanyalah penjelasan berhikmah dan lemah lembut, bukan secara keras. ..Apa yang penting adalah penerangan..sudahkah penerangan dibuat? Apakah terlalu sukar untuk menerangkan kepada mereka? Sesungguhnya tidaklah rugi memberi keterangan yang jelas tentang pendirian aqeedah kita, juga tidak merugikan mereka walau sedikit pun sekiranya ucapan selamat itu ditinggalkan. Wallahu'alam~

Tuesday, September 7, 2010

kamilah AGRO BANKers.

yesterday was mara's predeparture for the indian bound students. luckily we (me n arep) arrived there at 9.30, just nice to hear the pot pet pot pet session. sampai2 time register with kak jaah, we got to know that we had to bring our passports. which we didnt. =.=
nasib baik kak jaah sporting + sweet. sejuk hati sket.

we also saw people submitting letters to claim their visa. damn, resit visa pon tak bawak. =.="

so time tgh bosan2 dengar talk, we first thought that we're gonna go back home during break, grab the passports and receipts. but then, arep kata:

kalo kita nak gerak, gerak skrg neh. takyah pikir banyak2.

maka pukul 11 pon kami chow dengan pantas. haha. time2 nak chow, we told some of the guys (ciko, amsyi) to tell us if anything comes up.

tgh2 dlm lrt tu, ciko call:

weh korang ktne? ni diorg nak bagi jaket dah. diorg carik mana korg pergi. =.="

dengan cepatnya kami berpikir:

ha cakap kt diorg kitorg takde duit, pergi amek duit nak bayar jaket! kitorg carik bank.

dah dalam kete nak balik umah, remy call:

weh puan ayuslina dah bising2 carik korg. dia kata korg kena ada, nnt tak dpt duit. :S

so arep pon dgn penuh beraninya call pn ayuslina:

ha ktorg tgh carik AGRO BANK . tak jumpa2.

pn ayu: MANA ADA AGRO BANK KT KL NI!

hahahahahahha.

dipendekkan cerita, kitorg sampai just in time for the bank briefing n receiving the money. nicely done.

dalam train kitorg ingat mati la kitorg kena makan ngan pn ayuslina. tgk2 kena bahan2 cmtu je. ok la, takde calar2. muahaha.

ingat mara je bleh buat hal dgn budak2? budak2 pon boleh buat hal jugak pe :P

salam perkenalan penganjuran. kamilah AGRO BANKERS!



ps- sorry kawan2 sbb korg kena dgr pn ayu jerit2. still, im glad korg dpt duit tak lambat sesaat pun. nasib baik bank ade prob sikit. :)

Tuesday, August 17, 2010

nakal~

from left: uncle radzif, adam, and Dr. Mahmoud al-Hussaini from Madinah.

kita selalu terdengar pesanan dari ayah ibu mak bapak daddy mommy umi abah dan sebagainya kepada anak-anak mereka:
jangan nakal-nakal tau!

saya tak pasti tarikh dia bila, tapi sewaktu cuti ni saya berpeluang sekali lagi (kali pertama di masjid negeri in sem 1 of kms) untuk berjumpa dengan Syeikh ini.

he's from madinah, berketurunan Nabi belah saidina Hussain, dan menghafaz 40000 hadith. gurunya ialah Syeikh Yassin Fadani, musnid dunia pada zamannya. eventhough dia ulama' yang disegani, he actually is a very funny person and cracks up jokes all the time.

at uncle radzif's house, most of the things that he did was just enjoy the food (nasi mandi, lamb, cheese cake, coffee, barbican pergh terbaik la makan kat rumah uncle radzif).

at the end of the night, dia ajak anak-anak kecik (adam and uncle radzif's son irfan) to come and sit with him like in the picture. so this is the part of which i liked most of the night (besides melahap makan).

dia memberikan pesanan (lebih kurang bunyi dan maksudnya):
dua budak ni nampak nakal. tapi takpe. sewaktu kecik dulu, takda orang di madinah tu yang lebih nakal dari saya.
budak2 nakal ni istimewa, sebab bila besar nanti dia akan sayang mak dia, ayah dia, guru dia, dan keluarga dia lebih daripada orang lain.

not that i'm saying that everybody should be nakal. cuma kita ada persepsi budak2 nakal ni tak elok. i don't think we should confuse ourselves between nakal and jahat coz they're not the same.

:)


Friday, August 13, 2010

i love the way you lie. :P




serious lawak. whoever is the originator, i like him.

ps/ thanx to lisa :)

Wednesday, August 4, 2010

the canon

bukan canon ini yang saya maksudkan.

ini pun bukan canon yang saya maksudkan.

this is the CANON~

jidi (nama pendek arif wajidi) ada tanya buku apa yang menarik untuk kita baca. well aku tak sure la menarik ke tak, tapi bagi rakan2 yang banyak dah nak melangkah ke alam medic, this is the book!

qanun fi al-tibb, karya ibnu sina. sebuah kitab atau ensiklopedia lengkap lagi menyeluruh tentang ilmu perubatan yang dihimpunkan oleh imam ibnu sina.

well i don't know much of the content as well, but maybe u can read the overall here. (from wikipedia)

well i do believe that we should start shifting our perceptions and benchmarks, coz kita semua banyak menyedari bahawa ilmu itu banyak dipelopori oleh orang Islam. sekiranya diambil2 pon, mesti la kita lebih nak percaya orang Islam, apatah lagi orang seperti imam ibnu sina, yang rata2nya beristikharah dahulu dalam menyusun dan menulis kitab.

imam ibnu sina kata: kalau kita dapat memahami kitab dia ini, maka kita akan dapat menguasai keseluruhan ilmu yang perlu diketahui dalam ilmu perubatan.

well, lets find out.

(tapi kitab ni 14 jilid, mahal kot. bila tah nak baca =.=)

takpe azam tu penting.

Saturday, June 19, 2010

formspring.

baru buat. macam cara je.
so ask me anything. :D

http://www.formspring.me/jharothman

Thursday, April 22, 2010

md43 :)

For MD43 :D

Secoret kata, seungkap puisi
Brought up in words, luahan bagi hati,
Espression of appreciation, buat md43.

Saya mulakan dengan Iski,
As smart as he can be,
Rambut kerinting bak cotton candy,
Always there for the needy,
Tak mungkin dilupai!

I move on to Syasya Fickry,
Apakah mungkin tak dikenali,
Gelak ketawa tak terperi,
Sometimes it catches the ear,
But it feels so lively knowing that she is near.

Next up Farhana Bakri,
Budak-budak dah nak masuk uni,
Tak habis-habis dengan Blackberry!
But there wouldn’t be so much sight and sound,
If she was not to be around.

Nurmahani is next in line,
So subtle and so kind,
Tak mungkin luput dari kalbu,
Seorang yang sangat ikhlas membantu.

Siti Nur Hayati,
Asyik-asyik tayang gigi,
I always thought my yappings can rule them all,
Never thought hers can run me up the wall!

As cute a person I’ve ever seen,
Probably because she’s not as tall as she could’ve been,
Tapi dia seorang yang sangat prihatin,
Anyone would be lucky to have you as a friend, Qyna the Gremlin.

Sometimes we would not need eyes to see,
Kita ada telinga untuk mengesan bunyi,
If there’s ever such high frequency,
Hafizah Amadzun pasti di sisi!

A girl named Nurul Asiah,
Mentee of Pn Hasmah,
Lawak dan perilaku saling tak tumpah,
Senyum dan tawanya menjadikan dunia ini cerah.

Samihah che in pelembut hati
Mungkin kerana kesantunan budi
Still whatever the X-factor,
There’s no one as Malay as her!

Nur Amirah Azizan,
Penyeri bagi rakan-rakan,
Even though she rarely speaks up,
Kelas jadi hidup bila dia bercakap.

Though he looks to lack of calcium,
But his cheers mengalahkan satu stadium,
Biar pun Afi ni kecik,
But he is a good friend to seek.

Farah Asyikin,
The ultimate stylo queen,
The class’s celebrity sensation,
Just for her sheer DETERMINATION~

Have you ever seen “I now pronounce you Chuck and Larry”?
Well this “Chuck” is considered lucky,
With a touch of taufiq and “Hidayah” from ILAHI,
Takdalah dia macam dalam movie, kan Syazwan Suhaimi?

A tireless worker around the clock,
A happy go lucky person in her blog,
Another kanak-kanak among the flock,
Together, they make English IOP and fairy tale sungguh syok~!

Nabilah Rashida Jamali,
Because of her we know SNSD,
Even with weekend outings for karaoke,
With 40, 42, 42, what more is there to say?

Biar pun dia tak seharum kasturi,
Nasib baik dia hebat math, physics and chemistry,
Dicampur dengan keimanan yang terpancar dari sanubari,
Deedat yang spastic manakan dicari.

“Sleeping Prince” sounds oh so nice,
Tapi Si Azwan suka minum teh ais,
Mungkin sebab Azwan selalu ke surau,
He surely have learned how to bergurau.

Ahmad Wawan is as big as a whale,
Ahmad Wawan si penakluk katil,
Ahmad Wawan ramai abang,
Mungkin sebab perangai dia yang girang.

Umi Nabihah anak Razalan,
Umi Nabihah suka berjalan-jalan,
Bila shopping dia memang bantai sakan,
Tapi bagusnya dia tak pernah lupa rakan.

Berketerampilan bagai itik putih,
Kuat berusaha tak reti-reti letih,
Atikah Halim bagaikan angin yang bertiup,
Nothing is too big for her to cope.

Mira nazira anak pakcik Izham,
Walaupun dia tampak pendiam,
But the sky is not always blue,
Just wait until she cracks a joke to you.

Last and surely not the least,
The only person of the coastal east,
Though his size might intimidate like a “NATE”,
Tidaklah md43 ceria without Arip being there.

I hope none would be grumpy,
Over the sequence of insan-insani,
I arranged in order of IRP,
Itu saja yang senang dikesani. :P

Seuntai kata untuk dirasa,
Sebait puisi untuk ditelan,
Saat-saat md43 bersama,
Semoga hubungan ini terus berkekalan.

23rd April 2010